AdelinaSasa

because you are so priceless...

Saturday

BETULKAH ITU DOSA YANG TAK SEDAR TELAH KITA BUAT TERHADAP HAIWAN?

Saya datang kepada ustad ihwal membuat kurungan bagi seekor burung yang saya nak pelihara. Ianya pula adalah seekor burung tinjau lawah bersuara merdu. Pada masa itu Ustad tak cakap sebarang kata apapun. Dia hanya tersenyum tak der sebarang komen yang dia buat. Saya teramat hormat terhadap beliau, tutur katanya lembut, saya boleh bagi kesaksian yang beliau itu adalah suri tauladan seorang yang baik, taat dan santun.
Di lain kesempatan pula saya datang lagi kepada beliau dan berbincang ihwal aquarium, tempat memelihara ikan hias yang lawah. Beliau tersenyum tetapi sekali ini beliau bertanya.

Ustad: "Awak banyak duit ke, dahulu awak bincang pasal kurungan dan burung yang mahal, sekarang pula awak bincangkan ikan hias pasti harganya mahal sangat la"

Saya: "Hobi, ustad, saya tak kira duit darimana sepanjang saya boleh bersuka cita daripadanya"
Mendengar itu Ustad tersenyum dan berkata kepada saya:

"Sebaiknya awak berjimat, sebentar lagi anak awak dah besar dan memerlukan banyak belanja" dia menasihati.

Saya memandang ustad dengan sepenuh tanda tanya.

"Ya, sebaiknya juga awak berfikir hal hal yang lebih mustahak di dalam hidup, termasuk ibadah dan aturan hukum dalam ugama. Nabi kita Muhammad S.A.W bersuka cita ketika beliau memelihara kucing, beliau sangat senang terhadap haiwan yang satu ini, karena kucing boleh hidup senang bersama manusia. Akan tetapi seekor burung seharusnya hidup bebas di alam semula jadi. Dan nabi Muhammad adalah contoh tauladan bagi kita orang yang berugama Islam" sambung ustad menekankan suaranya.

"Ah ncik ustad, saya tidak bermaksud menyakiti haiwan, saya nak buat dia senang, bagi dia makan, pelihara dia dengan kasih sayang" kata saya berdalih.

Ustad tersenyum.

"Ya maksud awak tu memanglah baik, tapi kita telah berlaku cuai terhadap ego atau nafsu berkuasa terhadap makhluk lain atau haiwan. Di Eropa orang membiarkan burung burung bebas di alam semulajadi, burung burung cantik dan lawah itu datang tanpa takut meminta makan kepada manusia setiap pagi melalui jendela rumah mereka, bukankah hal itu telah cukup untuk membuat kita bersuka cita, yaitu melihat makhluk lain bersuka cita di dalam kebebasan mereka?" dia bertanya.

Saya terdiam, kata katanya mengena di hati saya.

"Dan lalu hari ini awak datang bincangkan rencana awak nak kurung haiwan lain pula kedalam aquarium, awak bermaksud nak buat ikan itu senang, ataukah awak nak buat diri awak sendiri bersuka cita melihat mereka berenang di dalam aquarium yang bukan alam semula jadi? Awak harus sedar perkara kecil ini, awak bersubahat dengan pembuat aquarium tu untuk membuat alam tiruan yang bukan semula jadi buat ikan tu" katanya melanjutkan. Maaf saya tak nak membuat awak merasa bersalah, tetapi awak mesti berlaku adil: Bilamana awak merasa masuk penjara atau terkurung itu tidak baik bagi awak, bagaimana pula awak tahu kalau terkurung bagi haiwan haiwan boleh membuat mereka bersuka cita?"
Kata kata ustad semakin mengena, tetapi kemudian saya menarik nafas kuat, dan mengangguk kepala. Lepas tu saya pandang lagi ustad.

"Bagaimana dengan haiwan ternak, apakah mereka boleh senang ketika kita pelihara?" saya bertanya

Ustad tersenyum dan menjawab:

"Haiwan ternak bermanfaat karena daging mereka kita makan, atau kita jual terhadap orang lain yang membutuhkannya. Tapi burung burung itu tidak langsung bermanfaat terhadap badan atau jesmani kita, kita membuang waktu percuma buat menguruskannya, itulah perbezaannya"

"Tapi saya boleh menjual burung burung tersebut dan memanfaatkan duitnya" kata saya.

"Ya awak boleh menjualnya kepada orang lain, yang akan tergamak mengurungnya pula untuk kesenangan seperti yang awak telah lakukan, sehingga burung burung dan ikan ikan itu tidak pernah merasakan kebebasan di alam semula jadi sampai keakhir hayat mereka"

Itulah perbincangan saya dengan ustad, sebenarnya saya tak tergamak nak sakiti haiwan akan tetapi apakah ada sebarang maklumat lain yang boleh menjadi pertimbangan saya?

No comments: